Mungkin ramai yang ketahui kebanyakkan web-web dan portal kerajaan menggunakan Joomla sebagai teras mereka. Dan amat mendukacitakan, memandangkan kebanyakkannya tidak mengemaskini pemasangan mereka, dan patch beberapa perkara, kini ianya kelihatan yang mana laman-laman tersebut berpotensi untuk digodam oleh sesiapa sahaja dengan mudah dan pantas.
Melalui tips yang dihantarkan kepada kami, ianya diperlihatkan contoh pada laman Kementerian Sumber Manusia, Malaysia, yang memperlihatkan ianya dapat digodam dengan amat mudah sekali, tanpa perlu penggunaan aplikasi dan tidak perlu melalui sebarang proses yang sukar.
Namun begitu, ianya tidak diketahui lagi, mengapakah kebanyakkannya tidak dikemaskini sehingga kini. Sebelum ini, pada minggu lepas, Cyber Security Malaysia telah mengeluarkan arahan untuk mengemaskini pemasangan perisian dan aplikasi web mereka termasuk pada pelayan web, untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku pada musim cuti ini, lagi-lagi ketika sambutan Hari Kemerdekaan dan Aidilfitri.
Tips daripada Krueger