Cari @ Amanz

Mungkin ramai sedia kenali akan laman jual-beli tempatan terkemuka, iaitu Mudah.my. Kini ianya kelihatan yang mana laman tersebut tidak dapat diakses sepanjang hari, dan ianya kelihatan seperti diluar-talian, dan mungkin mengalami masalah pada pelayan mereka.

Pembangunnya juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi pada laman Facebook dan juga Twitter mereka sehingga kini, dan ianya tidak diketahui mengapakah laman tersebut mengalami masalah. Melalui mesej yang dipaparkan oleh Cloudflare, ianya memperlihatkan yang mana berkemungkinan Mudah.my mengalami masalah pada pelayan mereka ataupun masalah rangkaian, menyebabkan laman mereka tidak boleh diakses buat masa ini.

Tiada tanda-tanda laman tersebut digodam diperlihatkan buat masa ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd