iPhone 5 Mulakan Jualan Antarabangsa Pada 21 Oktober?

iPhone 5 Mulakan Jualan Antarabangsa Pada 21 Oktober?

Diterbitkan pada Sep 4, 2011 oleh .

Selain daripada ura-ura berkaitan pelancaran iPhone generasi akan datang, kini sebuah dokumen khas kelihatan yang mana kedai jualan terkemuka di Amerika Syarikat, iaitu BestBuy akan memasang beberapa komponen dan bahan promosi tambahan pada kedai-kedai mereka pada 21 Oktober akan datang, memberikan idea yang mana iPhone 5 akan dilancarkan dan dijual pada tarikh tersebut.

Ianya diperkatakan yang mana sebelum ini, pada pelancaran iPhone 4 yang lepas, perkara sama pernah berlaku, dan dengan pelbagai ura-ura berkaitan iPhone 5, berkemungkinan pada tarikh tersebut, iPhone generasi baru itu akan mula dijual.

Selain daripada itu, sebelum ini ianya turut diperkatakan yang mana Apple akan mengadakan sebuah acara khas pada penghujung September atau awal Oktober untuk mengumumkan iPhone 5 dan melancarkan iOS 5 secara rasminya.


TIPS & ULASAN