Halaman Facebook Maybank Digodam – Kini Kembali Pulih

Halaman Facebook Maybank Digodam – Kini Kembali Pulih

Diterbitkan pada Sep 4, 2011 oleh .

Selain daripada beberapa akaun Facebook yang pernah digodam sebelum ini, kini ianya kelihatan yang mana halaman Facebook rasmi untuk Maybank turut sama digodam. Namun begitu, ianya kelihatan yang mana mereka telah bergerak pantas dan mengembalikan semula akaun Facebook seperti sedia kala sebelum pengodam tersebut melakukan sebarang perkara yang tidak diingini.

Walaubagaimanapun, ianya hanya sekadar halaman Facebook sahaja digodam, dan tidak memberikan sebarang efek dan kesan kepada pengguna web Maybank dan pelanggan-pelanggan mereka. Sebelum ini, beberapa halaman Facebook jenama lain turut digodam, termasuk Oh! Media dan juga HotFM. Namun apa yang dapat dilihat daripada akaun Facebook Maybank yang digodam adalah dimana pengodamnya tersebut mengemaskini status menggunakan peranti mudah-alih. Adakah FaceNiff?


TIPS & ULASAN