Nokia N9 Bakal Ditawarkan Oleh Celcom, DiGi Dan Maxis

Nokia N9 Bakal Ditawarkan Oleh Celcom, DiGi Dan Maxis

Diterbitkan pada Sep 4, 2011 oleh .

Salah satu peranti yang dinantikan ramai pengguna tempatan adalah Nokia N9 yang didatangkan bersama-sama dengan sistem operasi MeeGo. Menariknya, hari ini, Nokia Malaysia telah mengemaskini halaman rasmi Nokia N9 mereka, memperlihatkan yang mana ianya akan ditawarkan oleh Celcom, DiGi dan juga Maxis tidak lama lagi.

Buat masa ini, ianya masih tidak diketahui bilakah ianya akan mula dijual di Malaysia. Namun perubahan baru pada halaman web mereka, memperlihatkan ianya semakin hampir, dan seperti dinantikan akan dilancarkan pada bulan ini.

Nokia N9 membawakan sistem operasi MeeGo yang dinantikan ramai, selain mana turut membawakan pelbagai teknologi menarik padanya, berserta sokongan NFC. Harga jualan Nokia N9 juga disasarkan dibawah RM2000 di Malaysia. Sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi Nokia N9 di Malaysia tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN