Cari @ Amanz

Undilah – Projek Komuniti Terbaru Pete Teo Bakal Dilancarkan 16 September

Oleh Aman

Link Copied!

Setelah berjaya dengan projek 15 Malaysia sebelum ini, kini Pete Teo muncul semula dengan projek sosial baru beliau, iaitu Undilah, yang mana bakal dilancarkan secara rasminya pada 16 September kelak bersempena dengan Hari Malaysia. Secara ringkasnya, ianya merupakan salah satu projek komuniti daripada beliau bersama-sama Afdlin Shauki, Namewee dan lain-lain dalam mempromosikan hak mengundi dikalangan anak muda sekarang.

Projek 15 Malaysia sebelum ini, menerima lebih 15 juta lawatan dalam tempoh 60 hari pertama ianya dilancarkan, dimana lebih 1 TB dimuat-turun pengguna setiap hari. Kini, dengan lebih ramai yang mempunyai akses internet pada hari ini, kami mensasarkan yang mana projek Undilah daripada Pete Teo ini mungkin akan menerima lawatan yang lebih tinggi daripada 15 Malaysia. Sama-sama kita nantikannya.


Komen ()