GNOME 3.2 Bakal Membawakan Sokongan Mod Aplikasi Web

GNOME 3.2 Bakal Membawakan Sokongan Mod Aplikasi Web

Diterbitkan pada Sep 5, 2011 oleh .

Dengan ramai yang kini memfokuskan pada aplikasi berasaskan web, kini GNOME 3.2 bakal membawakan sokongan khas untuknya, membolehkan para pengguna menjalankan aplikasi web, sama seperti aplikasi desktop yang lain dengan mudah terus melalui sistem operasi mereka. Walaubagaimanapun, seperti biasa, ianya akan menggunakan pelayar web seperti biasa.

Melalui kemaskini terbaru pada GNOME 3.2, ianya akan membawakan salah satu fungsi baru, membolehkan anda menyimpan web dalam bentuk aplikasi, melalui pilihan menu khas. Ianya kelak akan membuat sebuah ikon pada desktop, untuk membolehkan para pengguna mengaksesnya dengan pantas dan senang.

Walaupun ianya dijalankan dalam pelayar web seperti biasa, ianya akan membawakan beberapa perubahan dari segi antaramuka dan sebagainya, dimana ianya akan memaksima akan tetingkap, dimana tidak membawakan sebarang bar URL dan sebagainya, serta akan dijalankan dalam proses berasingan dengan pelayar web utama anda.

GNOME 3.2 dijangka akan dilepaskan sekitar penghujung September ini, dan sistem operasi Linux yang menggunakannya dijangka akan dilepaskan seawal Oktober ini, dan salah satunya adalah Ubuntu. Sama-sama kita nantikan perkembangannya kelak.


TIPS & ULASAN