5 Topik Terhangat Di Twitter Sepanjang Minggu Berakhir 4 September

5 Topik Terhangat Di Twitter Sepanjang Minggu Berakhir 4 September

Diterbitkan pada Sep 5, 2011 oleh .

Selain daripada carian di Google Malaysia, kini kami turut sama mula mengumpul beberapa data berkaitan dengan topik terhangat di Twitter sepanjang minggu untuk dikongsikan bersama-sama dengan pembaca. Namun begitu, memandangkan ini merupakan minggu pertama kami mengumpulkan data tersebut, berkemungkinan beberapa perkara terlepas oleh kami, dan tidak begitu tepat, serta akan cuba diperbaiki dengan lebih lanjut pada minggu hadapan.

Secara ringkasnya, berikut merupakan antara topik terhangat di Twitter sepanjang minggu lepas iaitu dari 29 Ogos ke 4 September yang lepas:

Esok Raya / Eid

ESOK RAYA IS TRENDING WORLDWIDE. THIS HAD JUST PUT MY MOOD WITH EXCITEMENT. ESOK RAYA!!!!less than a minute ago via web Favorite Retweet Reply


Salah satu topik Tweet yang meningkat dengan mendadak selepas pemegang mohor besar mengumumkan mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri. Selain daripada itu, secara kasarnya, perkataan dan tweet seperti Hari Raya, Aidilfitri, Eid, dan juga Eid Mubarak turut sama menjadi salah satu topik terhangat di Twitter sepanjang minggu.

Malaysian Boy


Pada 31 Ogos yang lepas, tweet yang membincangakan mengenai lagu terbaru nyanyian Altimet, Ila Damia, Rabbit Mac, Point Blanc dan juga DJ Fuzz, yang mana merupakan salah satu lagi remix dengan lirik dalam bahasa Melayu, Inggeris, Tamil dan juga Kantonis. Ianya juga turut sama telah menerima lebih 44,000 tontonan di YouTube sahaja, selain turut diperlihatkan di beberapa saluran Astro sejak 31 Ogos lepas.

SPM / PMR

Salah satu topik di Twitter yang meningkat dengan mendadak pada minggu lepas, atau lebih tepat pada malam 4 September adalah berkenaan dengan SPM dan PMR. Ianya dilihat yang mana para pelajar SPM dan PMR bakal menduduki peperiksaan percubaan mereka bermula daripada minggu ini, setelah tamatnya cuti sekolah bersempena dengan Raya dan Merdeka sepanjang minggu lepas.

Somalia / Bernama TV / Wartawan

Goodnight. Takziah buat keluarga kameraman BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor yang telah terkorban di Somalia. Al-Fatihah.less than a minute ago via Twitter for iPhone Favorite Retweet Reply


Ramai pengguna Twitter juga berkongsikan rasa dukacita dan takziah berhubung kematian jurukamera BernamaTV, Allahyarham Noramfaizul Md Noor yang mana terkena tembakan peluru sesat ketika menyertai misi bantuan kemanusiaan kelab Putera 1Malaysia ke Somalia, pada hari Jumaat yang lepas.

Petknode / Kucing

Saper ada hantar kucing dekat petknode? Sila pergi amik kucing2 sekarang, shop owner dah run away n all the cats stranded kt sana.less than a minute ago via Echofon Favorite Retweet Reply


Semalam, iaitu pada 4 September juga, ianya turut dilihat yang mana para pengguna Twitter tempatan bersatu dalam menentang kekejaman yang dilakukan ke atas binatang, serta pada masa yang sama bekerjasama dalam mencari penyelesaian dan penjaga angkat kepada lebih ratusan ekor kucing yang diperlakukan kejam oleh syarikat jagaan Petknode.

Memandangkan ini merupakan minggu pertama kami mengumpulkan data dari Twitter, berkemungkinan kami terlepas beberapa topik yang lain, dan akan memperlihatkan data yang lebih tepat bermula daripada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN