Setelah menjadi pelayar web paling popular dikalangan pengguna Malaysia pada bulan Jun yang lepas, kini ianya dilihat yang mana Chrome terus memperkukuhkan kedudukannya di kalangan pengguna tempatan, memperlihatkan peningkatan menerus sepanjang bulan lepas, bertentangan dengan Firefox dan Internet Explorer yang semakin berkurangan penggunannya di Malaysia.
Selain daripada Chrome, pelayar web lain yang turut memperlihatkan peningkatan adalah termasuk Safari daripada Apple, dan juga Opera. Kini ianya dilihat yang mana Chrome memegang lebih daripada 37% penggunaan pelayar web di Malaysia, dan diikuti oleh Firefox pada tempat kedua dengan lebih 32% penggunaan. Pelayar web popular daripada Microsoft pula menduduki tangga ketiga di Malaysia dengan lebih 26% penggunaan.
Pada masa yang sama, dengan memperlihatkan peningkatan angka penggunaan Chrome dikalangan pengguna tempatan yang semakin meningkat dari hari ke hari, mungkin kita boleh melihat ianya melangkaui angka 40% dan menghampiri 50% tidak lama lagi. Selain daripada itu, pembangunan Firefox yang kini lebih pantas juga seperti tidak memberi sebarang kesan buat masa ini dikalangan pengguna tempatan.