Apple Mulakan Latihan Jualan Untuk iOS 5 Dan Juga iCloud – Pelancaran Semakin Dekat?

Apple Mulakan Latihan Jualan Untuk iOS 5 Dan Juga iCloud – Pelancaran Semakin Dekat?

Diterbitkan pada Sep 5, 2011 oleh .

Selain daripada berita jualan iPhone 5, kini ianya turut sama dilaporkan yang mana Apple telah pun mulakan latihan untuk iOS 5 dan juga iCloud bagi pekerja-pekerja jualan mereka, sekaligus memperlihatkan yang mana pelancaran iOS 5 semakin dekat, dan mungkin akan dilancarkan pada hari yang sama bersama-sama dengan pelancaran iPhone 5 kelak.

Seperti sedia maklum, Apple sering melancarkan kemaskini iOS utama mereka bersama-sama dengan pelancaran peranti telefon pintar terbaru mereka. Selain daripada itu, ianya turut diperkatakan yang mana Apple hanya akan memulakan latihan beberapa minggu sebelum ianya dilancarkan, dan dengan latihan yang telah dimulakan sekarang, berkemungkinan ianya akan dilancarkan tidak lama lagi.

Mungkin juga kita akan dapat melihat pelancaran iPhone generasi baru tidak lama lagi, dan jualannya akan dimulakan dalam bulan Oktober kelak. Walauapapun, sama-sama kita nantikan pengumumannya kelak.


TIPS & ULASAN