Cari @ Amanz

Tutorial ini ringkas, mudah. Laman sosial Google+ sekarang ini agak bagus untuk anda guna. Pertama, kami menyukai akan fungsi Circles yang dibawakan oleh Google+ dan juga fungsi HangOut juga. Tetapi kami mendapati, sukar untuk kita berkongsi profil kita jikalau tidak ada URL ringkas seperti fb.me yang digunakan oleh Facebook.

Okay, kami mendapati ada dua cara untuk untuk mencipta URL ringkas Google+, dan cara yang pertama ialah

Gplus.to

Kunjungi laman ini untuk pilihan yang pertama. Apa yang anda perlu buat, cuma mendapatkan nombor dari URL profile Google+ anda dan tampalkan pada kotak yang telah disediakan.

Kemudian, sila pilih nama yang anda suka. Nama yang senang ingat adakah pilihan yang bagus.

Gpuser.com

Tiba masa untuk pilihan nombor 2. Kunjungi laman Gpuser.com ini anda akan mendapati ia menggunakan konsep yang sama sahaja seperti Gplus.to tersebut.

Tetapi tidak seperti Gplus.to, anda perlu tampal keseluruhan URL profil anda pada kotak yang disediakan untuk mendapatkan URL ringkas ke profil Google+ anda.

 Selesai sudah tutorial ringkas ini. Jangan tunggu lagi, segera cipta URL ringkas bagi profil Google+ anda sekarang juga.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd