Hari ini kita akan belajar apa itu konsep Leeching. Berdasarkan tajuk, secara literal ia bermaksud kita perlu memuat turun 2 kali. Kebaikan proses leeching ini, kami kira anda pasti akan berpuas hati kerana melalui leeching inilah, anda tidak akan rasa terbeban lagi selepas ini untuk memuat turun apa-apa bahan dari laman perkongsian fail yang terkenal.
Untuk maju ke fakta yang seterusnya, mari kita fahami dua istilah penting terlebih dahulu.
Download
Proses memuat-turun, atau download merupakan perbuatan, mendapatkan fail atau bahan yang dikehendaki secara terus dari laman perkongsian fail. Contoh, andaikata pensyarah anda meletakkan bahan-bahan untuk anda jadikan sebagai rujukan di laman perkongsian fail FileServe.Com, anda boleh mendapatkannya dengan memuat turun dari laman tersebut.
Transload
Juga proses memuat-turun, namun tidak terus masuk ke komputer milik kita tetapi dipindah tempat terlebih dahulu. Contohnya, ibu anda ingin berkongsi foto hari raya keluarga di kampung dan anda berada di McMaster University, Canada melalui laman perkongsian fail FileServe.Com, anda ingin memuat-turunnya tetapi saiznya sebesar DVD. Anda sangat bimbang kalaulah sambungan internet terputus separuh jalan dan perlu melakukan proses muat-turun dari awal semula. Jadi, jom kita transload.
Transload = Leeching dan juga Pelayan Leech
Berbeza dengan proses download, proses Leech ini memerlukan anda untuk memiliki Pelayan Leech (Leech Server) ataupun pinjam dengan kawan ataupun pakai yang percuma. Kami di sini lebih suka membeli dan memilikinya secara seratus peratus.
Melalui proses Leech, bahan atau fail yang ingin dimuat turun itu di-transload ke mana-mana pelayan Leech. Pelayan Leech akan mendapatkan fail itu melalui pautan yang anda berikan kepadanya. Biasanya, proses Leech sangatlah laju kerana bahan atau fail dihantar dari pelayan ke pelayan (server-to-server).
Haa sebelum kami terlupa, dengan proses leech ini, samalah seperti anda mempunyai akaun premium untuk laman perkongsian fail. Wah, meriah! Tambahan lagi, andaikata proses memuat-turun terhenti separuh jalan, tidak ada masalah kerana proses itu resumable (boleh disambung semula) !
Purata Kelajuan Yang Pernah Direkodkan
Kami mendapati, dengan menggunakan NanoLeech yang diusahakan oleh Zepx, ia mencatatkan kelajuan yang tertinggi bagi proses transload ialah sekitar 11-14Mbps dari pelayan RapidShare. Purata kelajuan bagi semua laman perkongsian fail ialah 2-6Mbps. Untuk pengetahuan anda, laman seperti FileServe, FileSonic, MegaUpload yang menjadi kegemaran dan sasaran kami.
Ingat, langit bukan selalu cerah. Kadang-kadang kelajuan dia akan meragam dan itu kami rasa ia normal. Sudah hampir 8 bulan kami menggunakannya, jarang sangat kami berdepan dengan masalah.
Penyedia Perkhidmatan Pelayan Leech Berbayar Yang Popular Bagi Kami
Hanya dua sahaja perkhidmatan yang kami rasa ia bagus. Pertama, kami mencadangkan anda menggunakan NanoLeech. Sepanjang 8 bulan penggunaan, tidak banyak sangat masalah dan jugak pihak kami sering mendapat Grace Period dan juga Extended Time. Pernah kami dapat 3 hari dan 7 hari penggunaan tanpa bayaran.
Sedikit info mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Zepx ini, dengan RM30 sebulan anda boleh menggunakannya untuk transload dari 79 laman perkongsian fail. Dengan RM30 juga, anda diberikan ruang simpanan fail seluas 20Gb. Bandwitdh, anda tidak perlu bimbang kerana ia unmetered ! Pergi lah download puas-puas.
Bagi pilihan kedua pula, kami tidak pernah mencubanya dan kami rasa, tidak salah untuk anda mencubanya ialah perkhidmatan yang ditawarkan oleh DL Next. DL Next sudah lama bertapak iaitu bermula pada Julai 2009 lagi. Kami berpendapat bahawa mereka juga tidak akan mengecewakan hidup anda.