Ubah Antaramuka Google+ Menyerupai Facebook

Ubah Antaramuka Google+ Menyerupai Facebook

Diterbitkan pada July 1, 2011 oleh .

Dengan pengguna Google+ yang semakin bertambah dari hari ke hari, mungkin ramai pengguna baru yang tidak biasa dengan antaramukanya, setelah biasa menggunakan Facebook. Namun kini anda boleh mengatasinya dengan UserScript khas yang boleh mengubah Google+ anda menyerupai Facebook.

Secara ringkasnya, ianya hanyalah perubahan pada CSS, dimana ianya mengubah pewarnaan dan susunan beberapa perkara menjadikan Google+ menggunakan warna tema Facebook pada pelayar web pengguna.

Untuk mengaktifkannya, para pengguna hanya perlu memasang tema khas pada add-on Stylish, dimana anda hanya perlu menambah tema Google+ Facebook pada Stylish, dan seterusnya menggunakan Google+ dalam rekabentuk dan antaramuka Facebook.

Walaubagaimanapun, secara peribadi, kami lebih gemarkan rekabentuk Google+ sendiri. Bagaimana pula dengan anda?


TIPS & ULASAN