Laporan Experimental Yuze OS

Laporan Experimental Yuze OS

Diterbitkan pada June 30, 2011 oleh .

Anda mahu ke kami bercerita mengenai sistem operasi Linux? Saya rasa anda perlu sebab kami sangat menyukai Linux. Dengan Linux, kami rasakan pelayaran internet lebih selamat dan lebih licin. Ok, kali ini kami akan bercerita kepada anda, salah satu Sistem Operasi Linux yang dibina semula (remix) iaitu Yuze OS. Kami tidak lagi mencuba akan sistem operasi ini, tetapi pembangun remix ini telah menghantar email kepada kami.

Sebelum kami teruskan, suka kami untuk memperkenalkan para pembangun Yuze ini. Diketuai oleh Redzwan Latif yang berusia 16 tahun. Merupakan individu yang terlibat dalam pembangunan OS ini secara keseluruhan. Dibantu oleh dua orang lagi iaitu Aziqal Badrul Hisham, 14, yang bertugas sebagai pereka grafik serta Doni, 19, yang bertugas dalam bidang Business Professional.

Anda nak tahu saiz keseluruhan ISO bagi Yuze, hanya 553.9Mb sahaja. Anda nak download? Boleh, anda boleh download-nya di sini. Redzwan Latiff cakap, baik masuk dalam mode LiveOS melalui CD berbanding USB-Boot.

Pakai CD ye !

Mari kita lihat, kenapa kita perlu mencuba Yuze OS ini :D

Melalui percubaan yang dilakukan oleh pihak pembangun, masa untuk boot-up bagi Yuze sekitar 60 saat dan keatas, dan bagi saya ia sudah cukup ok jika dijalankan di atas CD. Pihak mereka memilih paparan antaramuka pengguna KDE 4.2.1 sebagai paparan lalai (default). Kenapa mesti KDE? Bagi saya, ia cantik dan lebih menyerupai Sistem Operasi Windows 7.

Apa lagi yang anda patut tahu? Saya rasa….

Anda patut tahu mengenai keperluan minimum untuk menjalankan Yuze. RAM sekita 356Mb sudah cukup bagus untuk menjalankan sistem operasi ini. Anda mahu saya bandingkannya dengan Windows 7? Anda perlukan kira 1Gb RAM untuk menjalankannya. Woha, 3 kali ganda lebih menjimatkan.

Kami nampak ia lawa

Kali ini kami agak keliru. Pihak pembangun menyatakan bahawa mereka telah menjadikan Yuze ini serasi dengan perkakasan rangkaian (network hardware & interface) tetapi serasi pada perkakasan jenis apakah? Ok, ini agak teknikal. Kebiasaan, kami akan berdepan dengan 3 jenis perkakasan rangkaian iaitu Atheros, Broadcom dan juga RaLink.

Kalau anda pakai Atheros, jangan bimbang kerana Linux (mana-mana Linux tidak kira apa jenis dia) sangat serasi dan tidak perlu driver tambahan. Kalau Broadcom dan RaLink, anda memang perlukan driver tambahan. Bagi Broadcom, anda boleh mendapatkannya tanpa menambah PPA repository, tetapi tidak bagi RaLink.

Broadcom pada Netbook Penulis

Tidak mengapa, barangkali mereka akan komen di dalam artikel ini untuk lebih penjelasan :D

Barangkali cerita saya yang seterusnya ini akan menggembirakan para pengguna fanatik Windows. Yuze kini (walaupun mencapai versi beta), telah dilengkapi dengan perisian Windows Emulator, WINE. Fungsi? Mudah, ia membenarkan anda menjalankan applikasi Windows, tapi tidak semua. Saya pernah memasang Microsoft Office 2007 di dalam Linux Ubuntu, dengan menggunakan Wine, dan saya rasa ia lagi laju pada Linux berbanding Windows :P

Lagi? Yuze telah dilengkapi dengan sut pejabat KOffice, dan juga anda tidak perlu bimbang, kesemua video anda boleh dimainkan pada Yuze kerana ia telah dilengkapi dengan multimedia codecs.

Harapan kami? Moga-moga Yuze ini yang berasal dari Kg. Baru, Masai, Johor Bahru ini mampu bertahan dan maju. Siapa sangka budak-budak sekolah sudah mampu membina Yuze ini. Bagus.

Apa, nak lebih gambar? Kami ada menyimpannya di sini.

 


TIPS & ULASAN