Cari @ Amanz

Salah satu perkara menarik mengenai Nokia adalah dimana peranti mereka disokong dengan kemaskini untuk suatu tempoh yang lama, dan kini Nokia Malaysia melalui halaman rasmi mereka, memperlihatkan yang mana Nokia N8, Nokia E6, Nokia E7, Nokia C6-01, Nokia C7 dan juga Nokia X7 akan menerima kemaskini untuk Symbian Belle tidak lama lagi, berkemungkinan bermula daripada suku tahun ke-empat tahun ini.

Nokia pada bulan lepas telah melancarkan sistem operasi generasi baru mereka, iaitu Symbian Belle, membawakan beberapa perkara baru, termasuk perubahan dari segi antaramuka, lebih menjimatkan bateri, pelayaran web yang lebih pantas, dan sebagainya. Selain daripada itu, mereka turut melancarkan tiga peranti baru, iaitu Nokia 701, Nokia 600, dan juga Nokia 700.

Buat masa ini, tarikh pelancaran rasmi untuk tiga peranti tersebut di Malaysia masih tidak diketahui lagi. Namun begitu, dengan pengesahan oleh Nokia Malaysia sendiri, semestinya para pengguna peranti sedia ada boleh menarik nafas lega. Sebelum ini, Nokia Malaysia turut memperkenalkan kemasini Symbian Anna kepada para pengguna tempatan.

Tips awal daripada MyNokiaBlog

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd