Setelah memperkenalkan fungsi perkongsian ke Twitter dan Facebook pada laman utama Apple Store, kini fungsi tersebut diperluaskan, dimana ianya turut diintegrasikan pada Apple Store Malaysia, membolehkan para pengguna tempatan berkongsi produk-produk Apple yang menarik bersama-sama dengan rakan mereka yang lain sambil membelinya melalui halaman rasmi Apple.
Sebelum ini, Apple telah memperkenalkan fungsi tersebut kepada umum tetapi hanya pada segelintir produk sahaja. Namun begitu, bermula hari ini, semua produk di Apple Store Malaysia didatangkan dengan sokongan tersebut, membolehkan para pengguna berkongsi produk-produk yang digemari mereka bersama-sama rakan-rakan Twitter ataupun Facebook.
Ianya juga pada masa yang sama, membolehkan Apple mempromosikan produk-produk mereka pada media sosial dengan mudah dan percuma, selain para pengguna boleh mendapatkan maklumbalas berkaitan sesuatu produk itu sebelum membelinya. Menarik bukan?