Cari @ Amanz

Salah satu permainan yang dinantikan ramai adalah Diablo 3, yang mana telah melalui salah satu tempoh pembangunan yang agak lama, menjadikan ramai pemain dan peminatnya ternanti-nanti sejak beberapa tahun yang lalu. Walaupun, ianya masih lagi belum boleh diuji buat masa ini, tetapi menariknya beberapa skrin permainan dan video untuknya kini mula tersebar di internet.

Ianya diperkatakan adalah daripada permainan Diabol 3 Beta, yang mana dijangka akan dilancarkan kepada umum tidak lama lagi. Melalui video yang diperlihatkan, ianya menunjukkan skrin pemilihan watak, serta beberapa imej dalam permainan tersebut.

Namun begitu, ianya mungkin adalah masih pada peringkat awal, dan grafik dan permainan akhir kelak mungkin berubah mengikut daripada maklumbalas yang Blizzard terima daripada Diablo 3 Beta kelak. Buat masa ini, ianya masih tidak diketahui bilakah Blizzard akan melepaskan Diablo 3 Beta kepada umum.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd