Carian
Microsoft Memperlihatkan Windows Phone 7.5 Mango Dengan Lebih Dekat
September 6, 2011 Aman

Dengan pengumuman beberapa peranti Windows Phone Mango sebelum ini, ianya juga kelihatan yang mana Microsoft telah pun menyediakan sebuah video khas, yang mana menerangkan sistem operasi mudah-alih terbaru mereka itu dengan lebih dekat, dan mendalam, serta memberikan penerangan satu per satu mengenai fungsi-fungsi yang didatangkan bersama-sama dengannya.

Pada masa yang sama, ianya turut kelihatan yang mana Windows Phone 7.5 ataupun Mango lebih memfokuskan kepada rakan-rakan seseorang pengguna itu, selain mana turut membawakan beberapa fungsi tambahan seperti Groups, Threads dan juga Local Scout, membolehkan anda mengikuti kemaskini rakan, dan berkomunikasi dengan mereka dengan mudah.

Walaupun beberapa peranti baru telah mula kelihatan menggunakan Windows Phone 7.5 Mango, Microsoft masih lagi belum mengumumkan secara rasminya bilakah telefon sedia ada akan menerima kemaskini tersebut. Namun begitu, ura-ura awal memperkatakan yang mana ianya bakal dilancarkan sekitar 15 September kelak.

Komen