MediaFire Menjadi Laman Perkongsian Fail Pilihan Utama Pengguna Tempatan

MediaFire Menjadi Laman Perkongsian Fail Pilihan Utama Pengguna Tempatan

Diterbitkan pada Sep 6, 2011 oleh .

Sebelum ini, melalui data yang dikongsikan melalui TorrentFreak, ianya telah memperlihatkan yang mana 4Shared menjadi laman pilihan untuk perkongsian fail paling popular oleh pengguna diseluruh dunia. Namun begitu, di Malaysia ianya adalah sedikit berbeza dimana ianya dilihat yang mana para pengguna tempatan lebih gemar menggunakan MediaFire berbanding yang lain.

Melalui data yang dikumpulkan melalui Alexa, ianya dilihat yang mana MediaFire menduduki tempat pertama di Malaysia, dan diikuti dengan laman 4Shared dikedudukan kedua. Walaubagaimanapun, menariknya mengenai 4Shared adalah dimana ianya turut menawarkan perkhidmatan mereka dalam bahasa Malaysia untuk pengguna tempatan.

Selain daripada itu, secara kasarnya, dilihat yang mana para pengguna tempatan lebih gemarkan laman-laman perkongsian fail berbentuk muat-turun melalui HTTP, berbanding dengan laman torrent. Laman torrent yang paling diminati oleh para pengguna tempatan adalah Torrentz.eu di tempat kesembilan, dan diikuti oleh laman The Pirate Bay pada kedudukan ke-10.

Menariknya adalah dimana beberapa laman yang tersenarai telah pun dikenakan sekatan untuk melayarinya oleh pihak SKMM bersama-sama dengan syarikat telekomunikasi tempatan. Namun begitu, ianya seperti tidak memberi kesan, dan para pengguna tempatan berjaya mengatasinya dengan mudah.


TIPS & ULASAN