Enjin Carian Terbesar Di China – Baidu Mengumumkan Kerjasama Bersama Dell

Enjin Carian Terbesar Di China – Baidu Mengumumkan Kerjasama Bersama Dell

Diterbitkan pada Sep 6, 2011 oleh .

Pada Jumaat lepas, Baidu telah pun memperkenalkan sistem operasi mudah-alih mereka tersendiri yang berasaskan Android, iaitu Baidu Yi. Menariknya, kini pembangun peranti Dell telah pun menjadi yang pertama mengumumkan kerjasama bersama-sama dengan Baidu, dimana mereka telah pun mengatakan akan membangunkan tablet dan juga telefon pintar untuk Baidu Inc.

Walaubagaimanapun, tarikh pelancaran peranti yang menggunakannya masih tidak diumumkan, walaupun beberapa ura-ura memperkatakannya sekitar November kelak. Pada masa yang sama, ianya turut diperkatakan yang mana mungkin Baidu bukan sahaja mensasarkan pasaran di China sahaja, tetapi mungkin akan menggunakan jenama global Dell untuk turut memasarkannya ke seluruh dunia.

Adakah ianya akan memberikan saingan hebat kepada Google-Motorola atau Nokia-Mirosoft? Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


TIPS & ULASAN