Cari @ Amanz

DiGi nampaknya terus menambah peranti yang ditawarkan oleh mereka melalui DG Smart Plan, dimana kini mereka turut sama menawarkan Samsung Galaxy Gio pada harga serendah RM199. Samsung Galaxy Gio membawakan pelbagai fungsi asas untuk telefon pintar, dan menggunakan sistem operasi Android, dan membawakan harga jualan semasa sebanyak RM799.

Melalui pelan khas DiGi, iaitu DG Smart Plan 68 dan juga kontrak penggunaan selama 24 bulan, para pengguna boleh mendapatkan peranti tersebut pada harga hanya RM199, membawakan penjimatan sehingga RM600.

Samsung Galaxy Gio membawakan sistem operasi Android 2.2 Froyo (yang boleh dikemaskini kepada Android 2.3 Gingerbread), cip pemprosesan 800MHz, kamera 3-megapixel dengan sokongan auto-fokus, dan pelbagai fungsi-fungsi asas lain pada telefon pintar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd