Carian
HackWeekday Bakal Diadakan Pada 12 Oktober – Pendaftaran Dibuka Sekarang
September 6, 2011 Aman

Setelah kejayaan HackWeekend yang diadakan sebelum ini, kini sebuah lagi aktiviti seumpamanya bakal diadakan untuk 24 jam secara berterusan, dipanggil HackWeekday, pada 12 Oktober akan datang ini. Acara tersebut juga turut sama bakal dijalankan bersama-sama dengan acara terkemuka tahunan, HITB Security Conference di InterContinental Kuala Lumpur.

Sama seperti pada HackWeekend, HackWeekday ini juga dibuka secara percuma, namun ianya mempunyai tempat dan penyertaan yang amat terhad, dimana seramai 75 pembangun dijangka akan menyertai aktiviti berterusan selama 24 jam itu.

Salah satu agenda utama pada hari tersebut adalah mempromosikan pengaturcaraan dan juga sekuriti sesuatu perkara, dimana pada hari tersebut, para pembangun tempatan dan juga dari negara jiran yang lain dijangka akan menyertai untuk menambah baik beberapa add-on Firefox dan beberapa aplikasi yang lain.

Para pengguna dan pembangun yang berminat, boleh menyertai acara ini, dengan mula mendaftarkan diri hari ini melalui halaman rasmi mereka secara percuma.

Komen