Cari @ Amanz

Angka Pengguna Android 2.3 Gingerbread Meningkat Kepada 31.3%

Oleh Aman

Link Copied!

Pada bulan Julai yang lepas, para pengguna aktif Android yang menggunakan Gingerbread boleh diperkatakan hanyalah segelintir kecil sahaja, iaitu sekitar 19%. Namun begitu, kini dalam masa dua bulan, angka tersebut telah meningkat dengan mendadak, memperlihatkan penggunaan Android 2.3 Gingerbread pada peranti aktif Android kini berjumlah hampir 31.3%.

Walaubagaimanapun, seperti sebelum ini, pengguna Froyo masih lagi pada tangga teratas dengan penggunaanlebih 51.2% dan penggunaan tablet Honeycomb turut memperlihatkan peningkatan, dimana kini berjumlah 1.4% di seluruh dunia. Selain daripada itu, angka pengguna Android Cupcake, Donut dan juga Eclair turut memperlihatkan penurunan berbanding sebelum ini.

Data ini kali terakhir telah dikemaskini oleh Google pada beberapa hari yang lepas, iaitu pada 2 September, dimana ianya disediakan khas untuk para pembangun, membolehkan mereka memfokuskan kepada platform mana yang mereka perlu optimasikan aplikasi mereka.


Komen ()