Cari @ Amanz

Akhir-akhir ini, ianya seperti kelihatan nama Nokia kembali meningkat kembali apabila mereka memperkenalkan beberapa peranti baru, kemaskini Symbian, serta bakal melancarkan peranti MeeGo pada minggu hadapan. Dan, bukan itu sahaja, kini sebuah peranti baru yang berkemungkinan salah satu peranti konsep mula kelihatan dalam video khas oleh pihak Nokia sendiri.

Peranti khas ini diperlihatkan dalam video demo NFC yang didatangkan bersama-sama peranti Symbian Belle yang diperkenalkan baru-baru ini. Nokia boleh diperkatakan amat baik dalam rekabentuk peranti mereka, berbeza dengan beberapa pengeluar lain yang hanya mengeluarkan rekabentuk menyerupai satu sama lain. Namun begitu, ramai menjangka akan yang mana ianya hanyalah sekadar sebuah peranti konsep sahaja, dan mungkin tidak akan dilancarkan kepada umum.

Tips awal daripada Arif Ishak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd