Celcom Melancarkan Pelan Data Dan Suara Khas Untuk Media

Celcom Melancarkan Pelan Data Dan Suara Khas Untuk Media

Diterbitkan pada Sep 6, 2011 oleh .

Sebelum ini, ketika pelancaran iPhone 4 tempoh hari, Celcom pernah menjanjikan untuk memperkenalkan sebuah pelan khas untuk pengguna yang bekerja sebagai wartawan, dan daripada media. Menariknya, setelah dinantikan sekian lama, hari ini Celcom Axiata secara rasminya mengumumkan pelan suara dan data khas untuk pengguna media, yang mana turut ditawarkan bersama-sama telefon pintar dan juga tablet.

Pelan baru ini, diperkenalkan oleh Celcom, dibawah Celcom Biz, dimana mereka boleh memilih peranti seperti LG Optimus 7, LG Optimus 2X, Nokia E7, Samsung Galaxy S II, Samsung Galaxy TAB, dan juga tablet terbaru, Samsung Galaxy Tab 10.1. Untuk pelan suara dan data, Celcom menawarkan pakej P48 dengan komitmen bulanan sebanyak RM48 seperti biasa, tetapi tanpa sebarang yuran bulanan dan juga pakej data 4GB (D68). Selain daripada P48, mereka juga turut ditawarkan dengan pelan P148 yang memerlukan komitmen bulanan RM148 dengan penggunaan data 5GB.

Untuk Samsung Galaxy Tab 10.1 yang dilancarkan baru-baru ini pula, Samsung turut memperkenalkan pakej dan pelan khas untuk para pengguna dari industri media. Celcom turut menawarkan pelan khas untuk pengguna BlackBerry bermula daripada RM118 sebulan, yang mana didatangkan bersama-sama dengan pelan panggilan suara dengan komitmen bulanan RM48 dan juga BIS.

Walaubagaimanapun, syarat-syarat yang dikenakan untuk melanggan pakej media ini tidak diketahui. Dan pada masa yang sama, ianya juga kurang jelas, samada penulis media-baru seperti blog dan laman web tersenarai dan layak untuk menggunakan pakej tersebut, ataupun hanya dikhaskan kepada pengguna dari media tradisional sahaja.


TIPS & ULASAN