MakanDeals Bakal Menawarkan Tawaran Diskaun Untuk Makanan

MakanDeals Bakal Menawarkan Tawaran Diskaun Untuk Makanan

Diterbitkan pada Sep 6, 2011 oleh .

Dengan pelbagai laman tawaran harian yang kini terdapat di pasaran tempatan, salah satu yang dinantikan ramai adalah laman tawaran harian dan diskaun untuk makanan. Menariknya, perkhidmatan seumpama tersebut bakal dilancarkan tidak lama lagi, dan kini, laman MakanDeals telah pun mula beroperasi, memperlihatkan mesej akan datang.

Melalui MakanDeals, ianya bakal menawarkan potongan makanan sehingga 80% membolehkan para pengguna menikmati pelbagai makanan kegemaran di restoran atau kafe bersama rakan-rakan dan juga keluarga dengan mudah.

Ianya dijangka yang mana MakanDeals bakal memulakan perkhidmatan mereka di Lembah Klang terlebih dahulu, sebelum memperluaskan perkhidmatan mereka ke beberapa buah lokasi yang lain berdekatan dengannya, sebelum ianya diperluaskan ke seluruh negara.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih lagi belum diketahui lagi.


TIPS & ULASAN