#TwtupRaya Bakal Diadakan Pada 18 Sept – Menangi Tiket Percuma Dari RotiKaya Dan Amanz

#TwtupRaya Bakal Diadakan Pada 18 Sept – Menangi Tiket Percuma Dari RotiKaya Dan Amanz

Diterbitkan pada Sep 7, 2011 oleh .

Bagi yang mengikuti perkembangan Twitter tempatan, mungkin anda sedia maklum akan yang mana sebuah perjumpaan dan sambutan ringkas Hari Raya bakal diadakan pada 18 September akan datang di Istana Bambu Ampang dari pukul 6 petang ke 10 malam. Menariknya, kini melalui Amanz, anda boleh memenangi tiket berharga RM35 dengan mudah dan senang, terima kasih kepada RotiKaya.com untuk penajaan.

TwtupRaya dijangka akan disertai oleh ramai pengguna Twitter tempatan, selain pada masa yang sama, turut disusun dengan pelbagai aktiviti menarik. Menariknya di Amanz adalah dimana kami bersama pihak RotiKaya.com menawarkan sebanyak 5 tiket untuk diberikan kepada pemenang secara rawak. Kami akan menutup penyertaan pada 8 September, 12 tengah malam.

Mengenai RotiKaya.com
RotiKaya.com merupakan salah satu blog hiburan dan gosip terkemuka tempatan, membawakan pelbagai berita berkenaan industri hiburan dalam dan luar negara. Ianya dibangunkan oleh pembangun asal laman OhBulan, iaitu @MohdIsmail. Ianya telah dilancarkan kepada umum pada Mac 2009 yang lepas, dan kini telah lebih 2 tahun ianya beroperasi. Anda boleh mengikuti perkembangan RotiKaya terus melalui halaman rasmi mereka, ataupun melalui halaman Facebook atau akaun Twitter mereka di @RotiKaya.

Pemenang

Cabutan telah dilakukan, dan para pemenang telah dihubungi. Mereka yang telah memenangi tiket #twtupraya daripada Amanz dan juga RotiKaya adalah @neyrashazeyra, @syafiqmazli, @@Wildan_Azan, @anazhd dan juga @faly_malek.


TIPS & ULASAN