Cari @ Amanz

Sebelum ini, BlackBerry telah mensasarkan bulan Ogos untuk melancarkan BlackBerry AppWorld 3.0, namun disebabkan sebab yang tidak diketahui, ianya terpaksa ditangguhkan, dan hari ini, BlackBerry, secara rasminya telah pun melancarkan kemaskini generasi baru BlackBerry AppWorld itu.

Sebelum ini, ianya telah pun diperkenalkan pada Beta Zone, dan akhirnya hari ini, aplikasi yang dinantikan ramai pengguna BlackBerry itu telah pun dilancarkan kepada umum. Melalui kemaskini terbaru ini, antara perubahan yang dibawakan termasuklah perubahan dari segi antaramuka, serta sokongan perkongsian sosial yang didatangkan bersama-sama dengannya.

Melalui BlackBerry AppWorld 3.0, ianya turut membawakan penambahan beberapa kategori baru, memudahkan para pengguna mencari sesuatu aplikasi atau tema dengan lebih mudah. Selain daripada itu, ianya turut membolehkan anda berkongsi aplikasi melalui BBM, ataupun Facebook atau Twitter dengan senang.

Bagi para pengguna BlackBerry OS 4.5 dan yang terkini boleh memuat-turun BlackBerry AppWorld 3.0 ini, dan mula menggunakan AppWorld yang diberikan nafas baru ini, bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd