Carol Bartz Dihentikan – Yahoo! Kini Dalam Pencarian CEO Baru

Carol Bartz Dihentikan – Yahoo! Kini Dalam Pencarian CEO Baru

Diterbitkan pada Sep 7, 2011 oleh .

Mungkin ramai lagi yang ingat, dimana pada 14 Januari 2009 yang lepas, Carol Bartz telah dipilih sebagai CEO baru untuk Yahoo!, mengantikan Jerry Yang. Kini, pada hari ini, melalui sebuah emel ringkas daripada Carol Bartz sendiri, ianya dinyatakan yang mana beliau telah dihentikan perkhidmatannya bermula hari ini, dan mungkin tidak lama lagi, kita akan melihat CEO baru untuk Yahoo!.

Buat masa ini, ianya diperkatakan yang mana Tim Morse berkemungkinan akan menjadi CEO baru untuk Yahoo!, namun masih tiada sebarang berita lanjut mengenainya buat masa ini.

Sejak daripada Carol Bartz menyertai Yahoo! sebagai CEO, pelbagai perubahan drastik telah dilakukan, termasuk salah satu yang utamanya adalah dimana Yahoo! telah menandatangani perjanjian bersama-sama dengan pihak Microsoft, selain pada masa yang sama banyak produk Yahoo! telah ditamatkan perkhidmatannya, termasuk Geocities yang popular.

Mungkin kita akan dapat melihat pengumuman daripada pihak Yahoo! berkenaan dengan CEO baru mereka tidak lama lagi, yang mana mungkin akan membawakan suatu masa depan yang cerah untuk Yahoo!. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


TIPS & ULASAN