Bateri iPad 3 Dilaporkan Lebih Ringan, Nipis Dan Bertahan Lebih Lama

Bateri iPad 3 Dilaporkan Lebih Ringan, Nipis Dan Bertahan Lebih Lama

Diterbitkan pada Sep 7, 2011 oleh .

Tablet Apple yang diperkenalkan pada tahun ini, iaitu Apple iPad 2 sudah pun sedia nipis dan ringan. Namun, kini ianya kelihatan yang mana iPad 3 ataupun iPad generasi baru yang bakal diperkenalkan pada tahun hadapan kelak, akan jauh lebih nipis dan ringan daripada apa yang sedia ada.

Ianya dilaporkan yang mana kini Apple telah pun memilih Simplo Technologies dan juga Dynapack International Technology untuk membekalkan sel kering untuk iPad generasi baru kelak, yang mana lebih ringan, dan juga nipis daripada apa yang digunakan pada model iPad 2. Namun begitu, pada masa yang sama, kos untuk bateri juga diperkatakan meningkat hampir 20% ke 30% disebabkan olehnya.

Selain daripada nipis dan ringan, ianya juga diperkatakan yang mana sel kering baru untuk iPad tersebut kelak akan turut membawakan jangka hidup yang lebih laman berbanding sebelum-sebelum ini.

Sebelum ini, ura-ura awal turut memperkatakan yang mana Apple turut sama akan memperkenalkan skrin resolusi lebih tinggi pada iPad generasi baru kelak, dan mungkinkah ianya merupakan salah satu langkah dalam mempertingkatkan lebih ruangan untuk skrin mereka? Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


TIPS & ULASAN