Carian
Sony Ericsson Malaysia Memperkenalkan Xperia Arc S
September 7, 2011 Aman

Sony Ericsson Malaysia hari ini telah pun mengumumkan peranti terbaru mereka, iaitu Sony Xperia Arc S yang mana telah diperlihatkan pada acara IFA yang diadakan di Berlin baru-baru ini. Namun begitu, buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui bilakah ianya akan dimulakan jualan di Malaysia, selain harga jualan tempatannya yang masih menjadi tanda tanya.

Ahli keluarga Xperia Arc yang baru ini membawakan cip pemprosesan 1.4Ghz, dan seperti yang lain, ianya turut menggunakan sistem operasi Android, bersama-sama dengan antaramuka khas yang dibangunkan oleh Sony Ericsson sendiri. Ianya turut membawakan sokongan teknologi 3D Panorama Sweep daripada Sony.

Sony Xperia Arc S ini lebih menumpukan kepada kepantasan dan kelajuan. Mungkin nama tambahan S tersebut datangnya daripada “Speed”. Melalui Xperia Arc S, ianya membawakan sokongan kamera yang lebih 25% pantas, dengan pelayaran web yang lebih 20% pantas berbanding peranti Xperia Arc yang pernah diperkenalkan sebelum ini.

Dari segi spesifikasi, Sony Xperia Arc S ini membawakan cip pemprosesan 1.4Ghz, kamera 8.1 megapixel dengan sokongan Exmor R, skrin seluas 4.2-inci dengan sokongan Mobile Bravia, dan juga menggunakan Android Gingerbread 2.3.

Sony Xperia Arc S ini dijangka akan dilancarkan dan dijual di Malaysia pada suku tahun keempat tahun ini. Selain daripada itu, Sony Ericsson Malaysia juga dijangka akan mulakan jualan Xperia Ray dan juga Xperia Active di Malaysia tidak lama lagi.S

Komen