Carian
AsyikTV Bakal Dilancarkan Pada 11 November – Bakal Bersaing Dengan Tonton?
September 7, 2011 Aman

Ingatkah lagi dengan TV Alhijrah yang diperkenalkan dengan kerjasama pihak AsyikTV? Kini nampaknya, pihak AsyikTV bakal memperkenalkan halaman mereka sendiri tidak lama lagi, menawarkan pelbagai perkara berkaitan dengan multimedia dan juga sokongan siaran langsung menggunakan internet dan web.

Menurut pihak AsyikTV, ianya merupakan salah satu platform multimedia atas-talian yang mana dikhususkan untuk penyiaran pelbagai aspek komunikasi multimedia, termasuk seminar berasaskan web, video, kandungan atas talian dan juga persembahan.

Buat masa ini, melalui ujian beta yang dijalankan oleh pihak AsyikTV, mereka menguji enam saluran utama negara terus melalui laman mereka, dimana para pengguna boleh menontonnya tanpa sebarang bayaran, dan dengan mudah terus melalui pelayar web mereka, iaitu saluran TV3, Alhijrah TV, Bernama TV, 8TV, TV9, NTV7, RTM1, RTM2, PLKN, 1MalaysiaTV, 1IPTATV, dan juga beberapa saluran radio, termasuk HotFM, RedFM, IkimFM, EraFM dan juga LiteFM.

Pada masa yang sama, AsyikTV turut menawarkan beberapa filem tempatan terus melalui web mereka, dimana para pengguna boleh menikmatinya pada harga serendah RM3 hingga ke RM10, mengikut filem dan juga acara yang dipertontonkan. Sebelum ini, pihak Tonton turut sama memperkenalkan perkhidmatan seumpamanya pada web mereka.

AsyikTV bakal dilancarkan secara rasminya pada 11 November kelak, dan buat masa ini, para pengguna yang berminat, boleh melayari laman mereka yang disediakan dalam bentuk beta.

Tips awal daripada @RotiKaya

Komen