Cari @ Amanz

Setelah mula menawarkan BlackBerry Bold 9900, kini Celcom turut sama telah mulakan pendaftaran minat untuk peranti baru yang bakal ditawarkan tidak lama lagi oleh mereka, iaitu BlackBerry Torch 9860, yang mana turut menggunakan BlackBerry OS 7. Tarikh ianya akan mula dijual, dan harga pakej masih lagi belum diketahui buat masa ini.

Melalui BlackBerry Torch 9860, ianya membawakan skrin sentuh penuh bersaiz 3.7-inci dengan resolusi 800×480 pixel, cip pemprosesan 1.2GHz, bateri 1230 mAh, memori 768MB RAM, kamera 5-megapixel dengan sokongan rakaman video HD 720p, dan juga sistem operasi BlackBerry terkini, iaitu OS 7.

Buat masa ini, harga dan pakej yang bakal ditawarkan masih lagi tidak diketahui. Namun para pengguna yang berminat, boleh mendaftarkan minat, dan pada masa yang sama, berpeluang memenangi peranti tersebut secara percuma daripada Celcom.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd