Setelah Maxis dan juga UMobile menawarkan tablet pertama daripada BlackBerry, iaitu BlackBerry PlayBook, kini ianya dilihat, Celcom juga bakal menawarkan tablet tersebut kepada para penggunanya tidak lama lagi. Melalui pakej yang diperlihatkan oleh Celcom, ianya menunjukkan para pengguna boleh mendapatkannya pada harga serendah RM1238 melalui Celcom Exec ataupun RM888 melalui Celcom Biz.
Melalui Celcom, para pengguna boleh memilih samada untuk membeli hanya tablet PlayBook bersama-sama dengan pakej yang ditawarkan, ataupun bersama-sama dengan peranti BlackBerry yang lain. Celcom juga menawarkan ketiga-tiga variasi PlayBook, iaitu dalam variasi 16GB, 32GB dan juga 64GB, dimana masing-masing ditawarkan dalam kontrak selama 12 bulan ataupun 24 bulan.
Para pengguna yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej yang ditawarkan terus melalui halaman web rasmi Celcom, sementara tunggu ianya ditawarkan secara rasmi.