Carian
Facebook Menjana $1.6 Billion Sepanjang Enam Bulan Pertama 2011
September 7, 2011 Aman

Dengan Facebook yang memegang takhta sebagai laman sosial terkemuka dunia, disamping memberikan saingan hebat kepada pelbagai laman terkemuka lain, termasuk Google, semestinya ramai menantikan untuk mengetahui berapakah pendapatan tahunan Facebook, dan menariknya, kini Reuters melaporkan yang mana pendapatan Facebook sepanjang pertengahan tahun pertama 2011 adalah sebanyak $1.6 billion.

Dengan pendapatan sebanyak itu, Facebook turut dilaporkan yang mana mendapat pendapatan bersih sebanyak $500 juta sepanjang pertengahan tahun pertama 2011. Walaubagaimanapun, untung bersih Facebook sepanjang pertengahan tahun pertama 2011 tidak diketahui.

Data terbaru ini juga turut memperlihatkan yang mana Facebook mungkin akan menjana pendapatan bersih sebanyak lebih daripada $1 billion sepanjang tahun 2011 ini.

Komen