Mungkin semua sedia maklum berkenaan dengan aplikasi WHOlah daripada Carrefour yang diperkenalkan baru-baru ini. Menariknya, selain daripada pelancaran aplikasi tersebut beberapa minggu yang lepas, hari ini, Carrefour bakal mengadakan sebuah acara khas untuk menyambut aplikasi WHOlah ini, dan para pembaca Amanz turut dijemput hadir.
Acara khas WHOlah ini bakal diadakan di The Masterpiece, Petaling Jaya, pada hari ini (8 September 2011) dari pukul 6 petang, dan memerlukan jemputan khas untuk menyertainya. Bagi yang berminat, mungkin anda boleh mendaftar melalui borang pendaftaran khas, dan seterusnya menghadirkan diri setelah menerima emel pengesahan daripada pihak WHOlah. Pastikan anda memilih nama hos yang betul (Aman Firdaus) ketika membuat pendaftaran kelak. (Kehadiran adalah terhad – siapa cepat, dia dapat)
Bagi yang tidak pernah mencuba aplikasi WHOlah, ianya merupakan sebuah aplikasi khas untuk pengguna iOS, membawakan salah satu bentuk permainan, memerlukan para pengguna hanya meneka nama rakan-rakan mereka di Facebook, dan seterusnya memenangi pelbagai hadiah menarik. Sekiranya anda mempunyai sebarang peranti iOS, anda boleh memuat-turunnya terus melalui Apple AppStore dan mencubanya hari ini.