Seperti tahun lepas, kini World Cyber Games kembali ke Malaysia untuk tahun ini, dimana Kejohanan WCG Malaysia bakal diadakan pada 7 hingga 9 Oktober 2011 akan datang ini, dan bagi yang berminat, anda sudah boleh mendaftarkan diri untuk menyertainya bermula hari ini.
Antara judul permainan yang bakal diadakan pada kejohanan tersebut kelak adalah termasuk permainan popular Counter-Strike 1.6, FIFA 11, StarCraft II, WarCraft III, League of Legends, serta dua judul promosi, iaitu Mission Against Terror dan juga Super Dancer Online. Kejohanan anjuran PIKOM ini bakal diadakan di PIKOM IT Mall di CapSquare, Kuala Lumpur.
Kejohanan akhir untuk World Cyber Games kelak bakal memperlihatkan penyertaan peserta dari 27 negara, dimana bakal bertanding dari 8 Disember ke 11 Disember yang bakal merebut hadiah berjumlah lebih $65,000 di Korea Selatan kelak.
Pemain tempatan boleh mendaftarkan diri sekarang, dan pusingan saringan awal bakal bermula pada minggu hadapan, iaitu 17 September.