Cari @ Amanz

Salah satu perkara yang sering terlepas pandang oleh kebanyakkan penulis dan blog tempatan adalah dimana mereka tidak mengoptimasikan blog mereka untuk digunakan peranti mudah-alih seperti tablet, dan juga telefon. Kini, dengan meningkatnya pengguna yang melayari web menggunakan pelayar web mudah-alih, semestinya anda tidak ingin menyukarkan mereka untuk membaca blog anda.

Blogger Mobile

Selain daripada dioptimasikan untuk skrin yang kecil, anda juga digalakkan untuk mengoptimasikan laman blog anda untuk pengguna pelayar web mudah-alih, supaya mereka tidak menunggu masa yang lama untuk melihat entri dan artikel blog, selain pada masa yang sama, menjimatkan kos jalur-lebar mereka dengan mengurangkan penggunaan data internet mereka.

Dan memandangkan, antara dua platform utama yang sering digunakan oleh para penulis blog tempatan adalah Blogger dan juga WordPress, mungkin anda boleh menggunakan cara berikut untuk mengoptimasikannya dengan mudah.

Blogger / Blogspot

Untuk pengguna Blogger, anda tidak perlu bimbang, memandangkan Google sendiri telah memudahkan proses ini, dimana anda hanya perlu mengakitfkan tema khas untuk pengguna peranti mudah-alih.

Untuk berbuat demikian, hanya ke halaman utama Dashboard Blogger anda, dan seterusnya pilih Settings, dan Email & Mobile. Di sana, anda boleh mengaktifkan dengan mudah.

Blogger Mobile

Untuk pengguna Blogger, Google sendiri menyediakan lebih 27 rekabentuk menarik untuk dipilih oleh penggunanya.

WordPress

Untuk pengguna WordPress, anda boleh menggunakan beberapa plugin yang ditawarkan, yang mana boleh mengoptimasikan web anda kepada peranti mudah-alih dengan mudah dan senang, dengan hanya satu klik.

Antara dua plugin terkemuka yang digunakan oleh ramai pembangun dan penulis, termasuk kami sendiri adalah MobilePress dan juga WP Touch.

Melalui MobilePress, ianya membolehkan anda mengoptimasikan blog anda untuk pengguna semua peranti, dimana lebih kepada memperlihatkan teks tajuk dan komen pada halaman utama, serta gambar dan video yang disertakan pada artikel.

Untuk WP Touch, ianya lebih dioptimasikan untuk pengguna dengan skrin sentuh, yang mana membawakan sedikit grafik tambahan, serta sokongan untuk mengoptimasikannya untuk saiz skrin berbeza.

Jadi, apa tunggu lagi. Optimasikan blog anda untuk kegunaan telefon mudah-alih dan tablet, hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd