Ice Cream Sandwich Bakal Dilancarkan Sekitar Oktober Atau November Ini

Ice Cream Sandwich Bakal Dilancarkan Sekitar Oktober Atau November Ini

Diterbitkan pada Sep 8, 2011 oleh .

Semua yang mengikuti perkembangan Android, semestinya ternanti-nanti akan pelancaran kemaskini dan sistem operasi generasi baru mereka, Ice Cream Sandwich. Kini, Eric Schmidt, iaitu bekas CEO Google, telah pun memaklumkan yang mana Ice Cream Sandwich bakal dilancarkan pada bulan Oktober atau November akan datang ini.

Walaubagaimanapun, ianya masih tidak diketahui secara penuhnya apakah fungsi-fungsi baru yang bakal didatangkan bersama-sama dengannya. Salah satu perkara yang dikatakan adalah dimana Google akan menyatukan sistem operasi tablet dan juga telefon pintar mereka menjadi satu pada Ice Cream Sandwich kelak.

Selain daripada itu, bersama-sama dengan pelancaran Ice Cream Sandwich, Google juga seperti biasa dijangka akan memperkenalkan peranti baru mereka. Salah satu peranti baru yang dijangka akan diperkenalkan adalah Nexus Prime daripada Samsung, yang akan menggunakan Android Ice Cream Sandwich ini.

Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


TIPS & ULASAN