Setelah memperkenalkan GMail dan juga Google Calendar dalam bentuk luar-talian, kini Google terus memperluaskan fungsi tersebut dengan menggunakan HTML5, dimana hari ini, fungsi tersebut boleh digunakan pada Google Docs dalam versi beta oleh semua pengguna seluruh dunia.
Buat masa ini, fungsi luar-talian pada Google Docs hanya boleh digunakan pada dokumen biasa dan juga spreadsheets sahaja, dan ianya akan di-sync akan setiap beberapa minit sekiranya anda mempunyai akses internet. Wakaubagaimanapun, ianya dilihat anda tidak boleh mengubah sesuatu dokumen buat masa ini, dan hanya boleh membacanya sahaja. Mungkin fungsi tersebut akan ditambah tidak lama lagi.
Bagi yang berminat, anda boleh melayari Google Docs, dan aktifkan penggunaan luar-talian bermula hari ini.