Yes4G Memperkenalkan Perkhidmatan Internet Percuma Di UiTM

Yes4G Memperkenalkan Perkhidmatan Internet Percuma Di UiTM

Diterbitkan pada Sep 8, 2011 oleh .

Setelah memperkenalkan rangkaian internet Yes4G di beberapa universiti sebelum ini, kini Yes terus memperluaskan tawarannya, dimana kini ianya turut diperkenalkan kepada para pengguna UiTM. Melaluinya, ianya kini membolehkan para pelajar disana menggunakan rangkaian Yes4G secara percuma, tanpa sebarang bayaran.

Untuk pakej pelajar, Yes menawarkan penggunaan data sehingga 300MB secara percuma setiap bulan. Walaubagaimanapun, ianya turut boleh diubah kepada penggunaan panggilan suara selama 100 minit ataupun sebanyak 100 SMS. Walaubagaimanapun, anda hanya memerlukan peranti yang diperlukan untuk menggunakan perkara tersebut.

Selain daripada UiTM yang mula diperkenalkan hari ini, ianya juga telah diperkenalkan pada Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Tunku Abdul Rahman, Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia dan juga Kolej Tunku Abdul Rahman.

Para pelajar UiTM boleh menyemak emel Universiti mereka hari ini untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengannya, ataupun rujuk kepada halaman rasmi Yes4G untuk maklumat lanjut berkaitan perkara ini.

Info awal daripada @Rotikaya

YES 4g is giving free internet to UiTM students!check your emailless than a minute ago via Twitter for BlackBerry® Favorite Retweet Reply


TIPS & ULASAN