Cari @ Amanz

Seperti yang diperkatakan oleh kami semalam, hari ini aplikasi Parking Mata untuk Android telah pun dilancarkan dalam bentuk Beta, dan boleh dimuat-turun oleh semua secara percuma terus melalui Android Market. Untuk menggunakannya, para pengguna hanya memerlukan peranti yang menggunakan Android 1.6 dan terkini sahaja.

Melalui aplikasi mudah-alih Parking Mata, ianya membolehkan anda berkongsi mengenai kedatangan pihak berkuasa ataupun penjaga sesuatu tempat meletak kenderaan di sesuatu lokasi itu, sekaligus mengelakkan kenderaaan anda daripada disaman atau sebagainya.

Pembangunnya juga turut sama telah menjanjikan akan mengeluarkan aplikasi serupa untuk iPhone pada bulan hadapan, dan versi Symbian pada bulan November kelak. Untuk pengguna Android, anda boleh memuat-turunnya hari ini melalui Android Market, dan mula menggunakannya sekarang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd