Cari @ Amanz

Dengan minggu berkenaan dengan Hari Raya dan Merdeka berakhir, kini ianya dilihat ramai pengguna turut sama menggunakan Google Malaysia dalam mencari pelbagai maklumat semasa berkaitan dengan berita-berita terkini, serta pelbagai perkara menarik yang lain yang berlaku dalam dan luar negara.

Freddie Mercury

Bersempena dengan ulang-tahun lagenda kumpulan Queen, Google sendiri telah memperlihatkan sebuah doodle khas dalam bentuk video pada halaman utamanya, sekaligus telah menaikkan minat para pengguna tempatan dalam mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan lagenda tersebut.

Petknode

Salah satu perkara menyedihkan pada minggu lepas, dimana lebih 300 ekor kucing telah dibiarkan berlapar oleh syarikat tersebut yang menjanjikan akan menyediakan perlindungan dan menjaga kucing-kucing yang dihantar sepanjang cuti raya. Pada masa yang sama, sebanyak 9 ekor kucing turut mati disebabkan perkara ini.

Usain Bolt

Usain Bolt yang hilang kelayakkan untuk menyertai acara larian 100 meter, terus mengejutkan dunia dengan memenangi kejuaraan duna dalam 200 meter, serta mencatatkan masa larian keempat terpantas di dunia, iaitu 19.40 saat.

Mat Sabu

Salah seorang wakil PAS, iaitu Mohamad Sabu telah mencetuskan perdebatan apabila mengeluarkan komen berkenaan pemberontak komunis yang menyerang dan membunuh 25 orang pegawai polis ketika tragedi Bukit Kepong.

US Open Tennis

Salah satu permainan dan sukan yang menerima perhatian para pengguna dari Malaysia adalah kejuaraan tenis yang kini sedang berlangsung, memperlihatkan ramai nama dan bintang besar tenis menyertainya.

Smurfs

Salah satu filem yang kini ditayangkan di pawagam seluruh dunia sejak daripada pembukaan minggu lepas adalah The Smurfs yang memperlihatkan kisah mengenai beberapa makhluk biru yang comel.

Mankatha


Salah satu filem terbaru yang turut menerima ulasan yang menarik dan dinantikan peminat filem tempatan adalah Mankatha. Ianya turut diperkatakan yang mana filem ini turut mendapat kutipan yang amat tinggi di Malaysia.

Somalia

Ianya juga turut dilihat yang mana para pengguna tempatan turut menggunakan Google Malaysia dalam mendapatkan lebih maklumat berkaitan tragedi yang menimpa jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor yang terkorban di Somalia disebabkan oleh peluru sesat.

Hantu Bonceng

Salah satu filem terbaru yang ditayangkan di panggung wayang seluruh negara bersempena dengan raya ini adalah filem yang diarahkan oleh Ahmad Idham, yang mana membawakan genre lawak seram.

Takbir Raya

Dengan minggu pertama Hari Raya pada minggu lepas, ianya turut kelihatan ramai pengguna tempatan turut mencari klip Takbir Raya melalui Google Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd