Cari @ Amanz

Google kini terus menambah syarikat portfolio baru dibawah mereka, dimana terkini, mereka telah pun mengambil-alih Zagat, yang mana menawarkan kandungan yang memfokuskan kepada makanan dan juga restoran, dimana pelbagai cadangan tempat dan makanan, serta ulasan mengenainya diterbitkan melalui laman tersebut.

Dengan ini, ianya mungkin akan digunakan oleh Google untuk menyertakan data-data berkaitan Zagat pada pelbagai laman-laman dan perkhidmatan milik mereka, berkemungkinan besar termasuk juga dengan menyertakannya pada Google Maps, Google Places dan juga Google Offers.

Selain daripada itu, Google turut mendapat tenaga kerja Zagat, yang mana mempunyai kepakaran mereka tersendiri dalam mendapatkan maklumbalas daripada pengguna, termasuk menjalankan bancian dan sebagainya.

Harga pembelian Zagat oleh Google tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd