Mungkin ramai yang ternanti-nanti akan kemaskini Windows Phone Mango pada peranti mereka. Menariknya, kini melalui laman Microsoft Taiwan, ianya memperlihatkan suatu imej khas dengan mesej akan datang pada 9 September kelak. Sekiranya ianya benar, adakah pengguna Windows Phone akan menerima kemaskini Mango pada hari ini?
Buat masa ini, Microsoft masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengan perkara ini. Beberapa hari sebelum ini, Microsoft bersama-sama dengan HTC telah pun melancarkan peranti Mango terbaru mereka kepada semua, yang mana bakal dijual dalam masa beberapa minggu lagi.
Melalui kemaskini Mango, Microsoft menbawakan sehingga lebih 500 perkara baru bersama-sama dengannya, yang mana sememangnya dinantikan ramai pengguna seluruh dunia.