Twitter Akan Berbahasa Malaysia Dalam Beberapa Minggu Lagi

Twitter Akan Berbahasa Malaysia Dalam Beberapa Minggu Lagi

Diterbitkan pada Sep 9, 2011 oleh .

Selain mengumumkan angka pengguna aktif Twitter yang kini melangkaui angka 100 juta orang, Twitter turut sama mengumumkan yang mana dalam masa beberapa minggu lagi, mereka akan melancarkan sokongan bahasa Malaysia pada Twitter secara rasminya. Walaubagaimanapun, tarikh pasti masih belum diumumkan oleh mereka.


Gambar Sekadar Hiasan

Sebelum ini, pada bulan Julai yang lepas, Twitter telah memulakan proses penterjemahan laman mereka ke Bahasa Malaysia, dengan bantuan beberapa pengguna tempatan. Bagi yang berminat, anda masih boleh menyumbang kepadanya dengan mudah, dimana anda boleh ke laman rasmi Twitter Translator dan memulakan proses penterjemahan dengan mudah dan senang.

Ini juga bukanlah perkara baru, dimana Twitter mengoptimasikan laman mereka untuk para pengguna tempatan. Sebelum ini, pada bulan April yang lepas, Twitter turut sama telah memperkenalkan sokongan topik terhangat kepada pengguna di Malaysia. Mungkin dalam masa akan datang, kita akan dapat melihat lebih banyak fungsi-fungsi baru yang menyokong pengguna tempatan. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN