Google Melancarkan Aplikasi Rasmi Blogger Untuk Pengguna iOS

Google Melancarkan Aplikasi Rasmi Blogger Untuk Pengguna iOS

Diterbitkan pada Sep 9, 2011 oleh .

Setelah sekian lama dinantikan, akhirnya, hari ini, Google telah pun melancarkan aplikasi rasmi Blogger untuk para pengguna iPhone dan juga iPod Touch, dimana kini melaluinya, mereka boleh menguruskan blog dengan mudah terus melalui telefon pintar iOS mereka.

Melalui aplikasi tersebut juga, ianya membolehkan anda menguruska lebih daripada satu blog dengan senang, selain menulis artikel dan memuat-naik gambar, serta menyertakan informasi mengenai lokasi dengan senang padanya.

Para pengguna tempatan yang berminat, boleh memuat-turunnya daripada AppStore secara percuma, dan mula menguruskan blog mereka dengan lebih efektif lagi. Selain daripada iOS, Google juga telah memperkenalkan aplikasi Blogger untuk Android sebelum ini yang boleh dimuat-turun terus melalui Android Market.


TIPS & ULASAN