Xperia Ray Bakal Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Xperia Ray Bakal Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Sep 9, 2011 oleh .

Hari ini, Sony Ericsson Malaysia melalui halaman Facebook rasmi mereka, telah pun memberikan petanda menunjukkan yang mana mereka bakal melancarkan Sony Xperia Ray tidak lama lagi di pasaran Malaysia. Harga jualannya di Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini.

Melalui Xperia Ray, telefon pintar daripada Sony Ericsson itu membawakan cip pemprosesan 1GHz Snapdragon dengan skrin sentuh bersaiz 3.3-inci yang turut didatangkan bersama-sama dengan teknologi Mobile Bravia Engine. Pada masa yang sama, Xperia Ray turut didatangkan bersama-sama dengan kamera 8.1-megapixel dengan sokongan Exmor-R dan menggunakan Android 2.3 Gingerbread sebagai sistem operasi utamanya, serta antaramuka khas daripada Sony Ericsson.

Selain daripada Xperia Ray yang dijangka akan dilancarkan di Malaysia pada bulan September ini, Sony Ericsson Malaysia juga dijangka akan melancarkan Xperia Active dalam bulan Oktober atau November kelak.


TIPS & ULASAN