Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, pengguna Twitter di Malaysia semakin meningkat dari hari ke hari, dan kini, salah seorang pembangun tempatan, iaitu @Arzumy telah pun memperkenalkan salah satu aplikasi web yang menarik, memperlihatkan tweet anda bercirikan sebagai penyokong Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat dengan mudah.

Melalui laman ringkas yang diperkenalkan itu, iaitu BN OR PR, para pengguna hanya perlu memasukkan nama pengguna Twitter pada halaman utamanya, dan seterusnya ianya akan menganalisa samada anda merupakan penyokong BN atau PR berdasarkan tweet-tweet yang dihantar oleh anda pada hari tersebut.

Walaubagaimanapun, apa yang diperlihatkan hanya sekadar jangkaan dan tekaan sahaja, dan apa yang diperlihatkan tidak semestinya betul. Namun begitu, ianya sesuatu yang menarik untuk menghilangkan kebosanan anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd