Facebook Menguji Cara Baru Menapis Rakan – Seperti Google+?

Facebook Menguji Cara Baru Menapis Rakan – Seperti Google+?

Diterbitkan pada Sep 9, 2011 oleh .

Fungsi menguruskan rakan-rakan pada Google+ semestinya memberikan tekanan yang hebat kepada Facebook, dan kini ianya kelihatan Facebook menguji beberapa cara baru untuk menguruskan apa yang anda lihat pada News Feed, dengan penggunaan fungsi baru yang dinamakan sebagai Smart Lists, yang mana mengkategorikan rakan-rakan anda secara automatik dengan mudah.

Secara ringkasnya, melalui fungsi ini, ianya memudahkan para pengguna untuk mengikuti perkembangan rakan-rakan mereka melalui News Feed, dan memudahkan mereka mengikuti kemaskini dan perkembangan rakan-rakan rapat mengikut kategori dengan senang.

Walaubagaimanapun, ianya boleh dikatakan fungsi ini masih lagi pada tahap ujian, dan masih belum diperkenalkan secara rasminya oleh Facebook buat masa ini.


TIPS & ULASAN